Monday, November 15, 2010

KARNIVAL SUKAN TAHUNAN GEREJA SEVENTH-DAY ADVENTIST SABAH 2010

Time : 19 December at 09:00 - 22 December at 14:00
Location : GASS Kota Marudu

KARNIVAL SUKAN TAHUNAN GEREJA SEVENTH-DAY ADVENTIST SABAH 2010

A. TUJUAN
1. Memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan kesatuan di kalangan anggota gereja.
2. Meningkatkan kesihatan di kalangan anggota gereja.
3. Meningkatkan lagi taraf prestasi pemain sukan.
4. Mengamalkan semangat kesukanan yang berdisiplin.
5. Mencungkil bakat yang berpotensi.

B. AM
1. Sukan ini dinamakan “Karnival Sukan Tahunan Gereja Seventh-Day Adventist Sabah dengan tema 2010 “BERSUKAN MENJANA KEROHANIAN”.

2. Setiap jenis sukan akan dipertandingkan berdasarkan peraturan badan induk antarabangsa/kebangsaan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap sukan oleh pihak pengajur.

3. Kejadian yang berlaku tanpa diduga dan tidak terkandung dalam syarat-syarat dan peraturan ini akan diputuskan oleh pihak pengajur dan keputusan adalah muktamad.

4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan nyawa atau harta benda yang berlaku sebelum, semasa dan selapas pertandingan/sukan.

C. KELAYAKAN PENYERTAAN SUKAN
1. Pasukan-pasukan yang ikut serta adalah terdiri daripada Gereja-Geraja SDA ( termasuk jemaat kompeni dan Cabang Sekolah Sabat ) di bawah naungan SDA Mission Sabah.

2. Mana – mana gereja boleh menghantar lebih dari satu pasukan dalam apa-apa jenis sukan yang dipertandingkan.Walaubagaimanapun, setiap pasukan harus didaftarkan di bawah satu kontinjen mengikut Daerah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dengan penamaan A,B,C dan seterusnya. Contohnya Sukan Bola Tampar Lelaki/Wanita, bagi pasukan yang pertama di daerah Kota Marudu (Bola tampar Kota Marudu A ) dan pasukan yang kedua ( Bola Tampar Kota Marudu B ) dan seterusnya.

3. Pasukan-pasukan yang menyertai sukan ini hendaklah melantik seorang ‘Chief-De-Mission’ kotinjen dan pengurus dan ketua pasukan bagi setiap jenis sukan yang disertai.

4. Pemain gantian boleh ditukar sekiranya dia belum pernah bermain untuk permainan sama dalam perlawanan yang terdahulu.

5. Senarai pemain yang telah didaftarkan untuk perlawanan tidak boleh diubah selepas diserahkan kepada urusetia perlawanan.

6. Hanya seorang pemain atau peserta (bukan remaja) yang pernah mewakili Negeri atau Negara dalam masa 5 tahun yang lalu dibenarkan untuk didaftarkan dalam sesebuah pasukan dalam setiap jenis sukan.

D. KELAYAKAN PENYERTAAN PEMAIN
1. Pemain kategori terbuka adalah terdiri daripada anggota gereja SDA.

2. Pemain kategori remaja adalah mereka yang berumur 15 Tahun atau ke bawah pada tahun 2010 dan terdiri daripada ;

a. Anggota gereja SDA atau
b. Anggota Sekolah Sabat atau
c. Anak – anak anggota gereja SDA atau
d. Pelajar alkitab dan
e. Mendapat kebeneran bertulis daripada ibubapa/penjaga.

3. Pemain senior veteran adalah terdiri daripada anggota gereja SDA yang berumur 45 tahun atau ke atas pada tahun 2010 dan junior veteran adalah terdiri daripada anggota gereja SDA yang berumur 35 tahun atau ke atas pada tahun 2010.

4. Seorang pemain boleh menyertai lebih daripada satu jenis sukan.

5. Seorang pemain hanya boleh bermain sekali dalam satu perlawanan bagi setiap jenis sukan.

E. SEBELAS ( 11 ) JENIS SUKAN DAN ( 15 ) KATEGORI SAHAJA YANG DIPERTANDINGKAN PADA TAHUN 2010 UNTUK DIKIRA PERMARKAHAN KESELURUHAN, MANAKALA SUKAN TAMBAHAN ( SUKANEKA ) KEPADA KANAK-KANAK 12 TAHUN KEBAWAH LIMA (5) KATEGORI DAN KUIZ ALKITAB TIDAK DIKIRA UNTUK PEMARKAHAN KESELURUHAN

01
Badminton Berpasukan
Format :
-Perseorangan Lelaki
-Bergu Lelaki Junior Veteran
-Bergu Lelaki Senior Veteran
-Bergu Wanita
-Bergu Lelaki Terbuka
Maklumat lanjut:
En. Elixaus@Alex Doasah Tel: 014-6769511
En. Mazunal Mahap Tel: 019-8321004

02
Bola Tampar Lelaki
03
Bola Tampar Wanita
Maklumat Lanjut :
En. Asbin Kansirong Tel: 019-5304953

04
Sepak Takraw Berpasukan
Format :
Regu Terbuka I
Regu Senior Veteran
Regu Terbuka II
Maklumat Lanjut :
En. Lee Tong Kip Tel: 019-8951585
En. Mazin Kibut Tel: 014-8554821

05
Ping Pong Berpasukan
Format :
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Bergu wanita
Bergu Lelaki
Bergu Campuran
Maklumat Lanjut :
En. Herman Ukun Tel: 019-5811990

06
Tarik Tali
Maklumat Lanjut :
En. Lee Mee Ann 019-8712616

07
Carrom Berpasukan
Format:
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Bergu Wanita
Bergu Lelaki
Bergu Campuran
Setiap perlawanan terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan
Maklumat Lanjut:
1. Paimon Dangkat Tel: 013-5478036
2. Singan L Tel:013-5550453

08
Olahraga 100 m
Kategori : Lelaki 15 tahun ke bawah
Lelaki terbuka
Perempuan terbuka
Senior Veteran Lelaki
( 45 tahun ke atas )
Maklumat Lanjut :
En. Padis Majingkin 013-8937878
En. Malanjin Ajak 019-8119783
En. Jamaludin Makabin
Tel:019-8955969
En. Bomey Jamadil Tel: 019-8727404

09
Olahraga 4x100m (Campuran )
Format :
Pelari adalah terdiri daripada :
-Lelaki 15 tahun kebawah
-Lelaki terbuka
-Perempuan terbuka
-Lelaki Senoir Veteran
( 45 tahun keatas )

10
Catur Berkumpulan/Perseorangan terbuka
Format :
5 orang pemain
2 orang pemain simpanan
Untuk berpasukan - 7 orang peserta.
Perseorangan terbuka juga dijalankan serentak.
En. Mahjony Mahap 019-8091200

11
Dart Berkumpulan (Lelaki)
Format :
- Kategori 4 pemain sepasukan pertama (4SUM) = 1001x1
- Kategori perseorangan pertama = 501x3
- Kategori bergu pertama = 501x3
- Kategori perseoeangan kedua = 501x3
- Kategori bergu kedua = 501x3
- Kategori perseorangan ketiga = 501x3
Maklumat Lanjut :
En. Fadilis Idaron 013-5583664
5 orang /peserta dart boleh bermain tiga kali dalam satu pusingan.

12
SUKAN TAMBAHAN ( SUKANEKA )
KEPADA KANAK-KANAK 12 TAHUN KEBAWA LIMA (5) KATEGORI
Maklumat Lanjut:
En. Albret Simber: 019-8975382

13
Kuiz Alkitab
3 Orang setiap kontinjen
Peserta terbuka kepada anggota gereja lelaki atau wanita.Peserta tidak boleh terdiri daripada kalangan Pastor. Kuiz ini diambil daripada injil Matius,markus, Lukas dan Yohanes soalan secara bertulis
Maklumat Lanjut:
Pr. Samuel Gion 0138855705
Pr. Waddin S Musalim 019-8307269

1. Semua pengurus/Ketua/Wakil pasukan bagi semua acara sukan, taklimat perjalanan kejohanan akan diadakan oleh pihak penganjur pada jam 09:30am, 19 Disember 2010 bertempat di Bilik Dewan Sekolah SMAG Goshen Kota Marudu.

2. Setiap acara/kategori sukan menawarkan 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa

F. TARIKH DAN TEMPAT SUKAN
1. Sukan akan diadakan pada 19 Disember 2010 hingga 22 Disember 2010 bertempat di SMAG GOSHEN DAN PEKAN KOTA MARUDU.

G. BORANG PENYERTAAN
1. Pihak penganjur telah menyediakan borang penyertaan. Setiap kontinjen hendaklah mengemukakan borang penyertaan masing-masing dan mestilah menyatakan acara sukan, nama penuh, nombor kad pengenalan diri, jantina dan kategori.

2. Borang yang lengkap berserta yuran penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada tarikh 30 November 2010 kepada Puan Mariah Gervasius Tel. 088-663189, H/p. 012-5573583. Fax: 088-661146/ Email: mariagold.ent@gmail.com atau Encik Mazunal Mahap Tel 019-8321004
Pengerusi Panganjur: YB Anita Baranting Tel: 019-5839228/019-5353293
Tim. Pengerusi Panganjur: Padis Majingkin Tel: 013- 8937878/013-8833358 Email: padiskc@yahoo.com

3. Setiap pasukan hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan atau sijil lahir bagi pemain senior veteran, junior veteran dan remaja di dalam borang penyertaan.

4. Borang penyertaan hendaklah disahkan oleh Pastor Daerah atau Ketua Gereja yang berkenaan.

5. Pihak penganjur berhak menolak borang penyertaan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat.

H. JADUAL PERLAWANAN
1. Perlawanan bagi semua permainan adalah dijalankan secara serentak.

2. Pihak penganjur akan membuat cabutan undi untuk menentukan jadual perlawanan.

3. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana acara sukan yang tidak cukup pernyertaan.

4. Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan Borang Susunan Pemain kepada Urusetia perlawanan yang bertugas selewat-lewatnya 10 minit setelah perlawanan diumumkan.

I. PENGADIL DAN HAKIM GARIS
1. Penganjur akan melantik pengadil dan hakim garis bagi setiap sukan

2. Keputusan pengadil dan hakim garis adalah muktamad

3. Pengadil hendaklah membuat laporan mengenai sebarang kejadian yang melibatkan amaran bertulis atau dikeluarkan daripada padang/gelanggang permainan dan diserahkan kepada Pengerusi JawatanKuasa Penganjur tidak lewat daripada 30 minit selepas perlawanan tamat.

J. TATATERTIB/DISPLIN PESERTA SUKAN KARNIVAL: PEMAIN DAN PENYOKONG
1. Mengutamakan Tuhan dalam kehidupan seharian dan Saling hormat
menghormati diantara satu dengan yang lain.

2. Para perserta dimestikan berkelakuan sederhana, sopan sentun dan bertolak ansur.

3. Menpunyai percakapan yang memberikan semangat dan dorongan kepada perserta/pasukan yang lain.

4. Ketua/Pengurus Pasukan perlu mengingatkan dan memastikan kepada para perserta yang tinggal di kelas sekolah SMAG Goshen dan SRA Goshen berada di tempat tinggal sebelum jam 10.30 malam.

5. Ketua/Pengurus pasukan bertangung jawab untuk melaporkan kepada Ahli Jawatankuasa Penganjur jikalau ada perserta didapati merokok, minum minuman yang beralkohol dan perbuatan sumbang sepanjang kejohanan berlangsung, dimana bertentangan dengan ajaran Gereja Seventh-Day Adventist. ( Perserta berkenaan akan digantung ke semua acara sukan yang diikuti dan pihak penganjur tidak mengambalikan wang yuran pendaftaran).

6. Setiap pengurus pasukan perlu bertanggungjawab menjaga tatatertib/displin pemain dan penyokong sepanjang sukan diadakan.

7. Berteriak, menjerit dan memekik dengan berlebihan dan keterlaluan dan mengeluarkan kata-kata kesat adalah sama sekali tidak dibenarkan.

8. Setiap pasukan haruslah berada di dewan/gelanggang pertandingan lima belas ( 15 ) minit sebelum perlawanan bermula.

9. Pakaian pemain mestilah sesuai mengikut kesopanan Kristian dan sesuai untuk bersukan ( pemain digalakkan untuk memakai jersi )

10. Setiap ketua/pengurus pesukan dan perserta harus datang tepat pada masa seperti yang telah ditetatapkan oleh pihak penganjur untuk memastikan acara berjalan dengan lancarnya.

K. PEMBATALAN PERMAINAN
1. Permainan tidak boleh ditangguhkan kecuali di atas sebab munasabah yang difikirkan oleh pengadil setelah merujuk kepada pihak penganjur.

2. Hanya pihak penganjur yang berkuasa untuk mengubah jadual perlawanan dan pasukan yang terlibat akan dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh.

3. Pemain yang gagal hadir pada masa yang dijadualkan ( diumumkan ) akan diberikan tempoh penangguhan selama 5 minit. Kegagalan pemain tersebut untuk tidak hadir dalam tempoh ini akan mengakibatkan perlawanan berkenaan dibatalkan dan pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma.

L. JOHAN KESELURUHAN
1. Johan keseluruhan akan ditentukan berdaasarkan jumlah pingat emas,perak dan gangsa bagi setiap acara sukan.

M. HADIAH
1. Hadiah berbentuk wang tunai akan diberikan kepada pemenang johan, naib johan dan ketiga bagi setiap acara sukan.

2. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta sukan.

3. Sijil pemenang akan diberikan kepada setiap pemenang johan, naib johan dan ketiga.

4. Piala Rebutan Johan Keseluruhan sukan akan diberikan kepada pemenang.

5. Piala Pusingan diberikan kepada pemenang Badminton Berpasukan.

N. BANTAHAN DAN RAYUAN
1. Bantahan bertulis bersama dengan wang bantahan RM300 mesti dikemukakan kepada pihak penganjur dalam masa 30 minit selepas perlawanan selesai. Wang tersebut akan luput sekiranya bantahan tidak Berjaya. Bagi bantahan yang Berjaya , 20% daripada jumlah wang bantahan akan dikenakan sebagai caj pemprosesan bantahan.

O. KEHADIRAN KONTINJEN
Semua peserta dikehendaki untuk hadir ke acara-acara seperti berikut, yang akan diadakan di Dewan Sekolah SMA Goshen, Kota Marudu.

1. Ketibaan Kontinjen dan pendaftaran 09.00am-11:00am 19 Disember 2010
2. Upacara perasmian pembukaan 01:30pm-03:00pm 19 Disember 2010
3. Kebaktian Pagi 07:15am-07:45am 20 Disember 2010
4. Kebaktian Pagi 07:15am-07:45am 21 Disember 2010
5. Kebaktian Pagi 07:15am-07:45am 22 Disember 2010
6. Upacara perasmian penutupan 12:30pm-01:30pm 22 Disember 2010
7. Portluck/Makan bersama dengan
semua Kotinjen 01:30pm-selesai 22 Disember 2010


P. PERTEMUAN AJK PELAKSANA DAN PENGURUS/KETUA/WAKIL PASUKAN
1. Taklimat oleh pihak panganjur kepada semua pengurus/ketua/wakil pasukan. Pada 19 Disember 2010 Jam 09:30 pagi, di bilik mesyuarat dewan sekolah SMAG Goshen.

2. Mesyuarat Menentukan Tuan Rumah Karnival Sukan Tahunan SASRU 2011 dan 2012 Jam 01:00 petang 21 Disember 2010 di bilik mesyuarat Dewan sekolah SMAG Goshen.

Q. TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN/HOTEL
1. Kelas Sekolah SMAG Goshen satu bilik RM 30.00 untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Richard Kilus Tel: 088-664615 atau Pengetua Janet Tel: 019-8027789

2. Kelas Sekolah SRA Goshen satu bilik RM 30.00 untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Jerry Wen Tel: 088-661041/H/P: 013-5476575

3. Marudu Inn RM 73.00 - 120.00 Tel: 088-661200
4. Season Inn RM 58.00 - 88.00 Tel: 088-662666/663666
5. Hexan Hotel RM 56.00 – 88.00 Tel: 088-663377
6. Season Inn 2 RM 68.00 – 108.00 Tel: 088-662555/661555
7. Palm Villa RM 59.00 –128.00 Tel: 088-663388
8. Hotel Holiday Garden RM 55.00 – 85.00 Tel: 088-662900
9. Hotel Goshen RM 30.00 – 40.00 Tel: 088-661541
10. Meily Inn RM 48.00 - 50.00 Tel: 088-662892
11. Hotel Bumiputera RM 25.00 - 35.00 Tel: 012-8314396

BORANG PENYERTAAN

KARNIVAL SUKAN TAHUNAN GEREJA SEVENTH-DAY ADVENTIST SABAH KOTA MARUDU 2010

Jenis Sukan:______________________________________________

Nama Kontinjen Daerah :____________________________________

Nama Ketua/Pengurus Kontinjen :_____________________________
No. KP:__________________________________________________
Tel:_____________________________________________________
Email:___________________________________________________


BIL NAMA PENUH (TULIS HURUF BESAR) NO. KPT JANTINA NO. TEL




Disahkan oleh: Disahkan oleh:




_____________________ ________________________
Tandatangan Ketua / Tandatangan Pastor /
Pengurus Kontinjen Ketua Gereja Berkenaan

Nama: _______________ Nama: __________________

-----------------------------------------------------------------------------------------

KELAB SUKAN DAN REKREASI ADVENT SABAH
SABAH ADVENTIST SPORTS & RECREATION CLUB (SASRU)

RUJ : SASRU/KM10(01)
TARIKH : 06 SEPTEMBER 2010


Kepada :

SEMUA KETUA KONTINJEN
KARNIVAL SUKAN TAHUNAN GEREJA SEVENTH-DAY ADVENTIST SABAH

Pastor/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik,

PENGGUNAAN NAMA KONTINJEN SEMPENA KARNIVAL SUKAN TAHUNAN SDA SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sabah Adventist Sports And Recreation Club (SASRU) sebagai Badan Induk kepada Karnival Sukan Tahunan Gereja Seventh-Day Adventist Sabah telah bermesyuarat pada 05 September 2010 dan memutuskan bahawa mulai dari tahun 2010 ini, setiap kontinjen adalah diminta untuk menggunakan nama Daerah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah diikuti dengan huruf A, B, C, dan seterusnya sekiranya ada.

Nama-nama daerah yang boleh digunapakai oleh kontinjen ialah :

1. Kota Kinabalu
2. Sandakan
3. Tawau
4. Beaufort
5. Beluran
6. Keningau
7. Kinabatangan
8. Kota Belud
9. Kota Marudu
10. Kuala Penyu
11. Kudat
12. Kunak
13. Lahad Datu
14. Nabawan
15 Papar
16 Penampang
17 Pitas
18 Putatan
19 Ranau
20 Semporna
21 Sipitang
22 Tambunan
23 Tenom
24 Tongod
25 Tuaran
26 Banggi
27 Kemabong
28 Matunggong
29 Membakut
30 Menumbok
31 Pagalungan
32 Paitan
33 Sook
34 Tamparuli
35 Telupid
36 Tungku

* sumber : www.sabah.gov.my/kplb

Tujuan utama keputusan ini adalah untuk memberikan keseragaman penyertaan setiap kontinjen disamping akan dapat menyemarakkan lagi kesatuan dalam setiap daerah. Sudah tentu perubahan ini akan dapat lebih memajukan lagi Karnival Sukan Tahunan Gereja Seventh-Day Adventist Sabah ini.

Segala kerjasama Pastor/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik adalah amat diharapkan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Tuhan Memberkati Kita Semua.




YAPP SU CHIEW
Setiausaha Kehormat SASRU

s.k. Pr. Nelson Bendah, Presiden, SDA Mission Sabah.

Resources: http://www.facebook.com/event.php?eid=139733282741179