Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru!

                                                               1 Aspirasi 1 Agenda                      

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Sambutan Hari Ibu di merata dunia
Hari
Negara/Wilayah
Ahad ke-2 Februari
Greece (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)
30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac)
Afghanistan, Albania*, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Korea Selatan, Laos, Macedonia*, Moldova*, Montenegro, Romania*, Rusia*, Serbia**, Taiwan, Ukraine, dan Vietnam. *Di Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya.
Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday)
2 April (kalendar Cina)*
Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi)
Ahad pertama Mei
Ahad ke-2 Mei
Ahad terakhir Mei
Algeria, Republik Dominica, Haiti, Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia.
Mongolia (Hari Ibu dan Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.)
Ahad ke-2 Jun
Ahad terakhir Jun
Thailand (hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara)
Isnin kedua Oktober
Ahad ke-3 Oktober
Argentina (Día de la Madre)
Ahad terakhir November
16 Disember, (Kalendar Iran: 25 Azar, Pengasasan Ibu dan Anak)

Sumber: http://ms.wikipedia.org

    Monday, April 22, 2013

    PEMERHATI: Analisis Semasa PRU13

    Bahang PRU13 semakin terasa apatah lagi selepas hari Penamaan Calon telah selesai. Bak kata pepatah cerita kedai kopi, perang dah mula. Cerita sana sini dicanang dan diulas mengikut citarasa sendiri. Apapun, sebagai negara demokrasi, tiada had untuk menjalankan ‘aktiviti demokrasi sosial’ selagi tidak melanggar batas undang-undang sedia ada. Apatah lagi ‘kita’ sebagai pemerhati mencuba-cuba untuk menjadi penganalisis politik mengikut apa yang kita lihat dari semasa ke semasa. Pendek kata, kita sebagai wartawan bebas yang menyampaikan isu sebenar yang terjadi, kita lihat, dan mungkit kita terlibat secara tidak langsung. Dengan dasar inilah ruangan ini wujud atas pilihan kata hati yang mahu bersuara secara lembut tapi berteraskan kebenaran sebenar. terpulang kepada setiap individu untuk menilai dan menentukan pilihan hala tuju pucuk pimpinan di masa depan. Semoga pilihan itu menjadi suatu rahmat serta membawa sinar harapan. Salam Mukadimah.

                Laungan parti-parti yang bertanding saban hari kedengaran di mana-mana media elektronik. Malahan, hati kecil ini tergelak melihat telatah anak-anak kecil yang turut sama melaungkan slogan atau cogan kata parti. Memang benar zaman sudah berubah. Bukan lagi era 80-an, 90-an tetapi memasuki era yang baru 2013. Memang suatu perubahan yang jelas! Kalau dulu, sukar untuk kita khususnya yang tinggal di pelusuk kampong-kampung untuk mendapat maklumat cerita sebenar apa yang berlaku, hanya mendengar khabar cerita kosong yang disampaikan dari mulut ke mulut (kedai kopi). Kini, segala maklumat boleh kita dapat dengan mudah dan pantas melalui media elektronik yang semakin canggih. Era media sosial semakin digemari oleh generasi masa kini. Blog, facebook, twiter dan sebagainya menjadi pilihan pada hari ini. Masalah sosial seperti jenayah, rasuah dan lain-lain boleh diketahui oleh anak-anak muda dengan pantas. Dunia sudah berubah!

                Manifesto ataupun akujanji, kita  tidak kisah! Pengalamanlah yang mendewasakan kita. Pengalamanlah yang mengajar kita bagaimana janji-janji itu sebenarnya menyakitkan! Siapa kita dimata ‘mereka’? tetapi ‘mereka’ tidak sedar kita mampu mengubah ‘mereka’! Nah! Itulah luahan sebenar kami…Kami mahukan suatu nikmat kehidupan sebenar. Mana air kami? Mana elektrik kami? Mana jalan kami? Mana kemudahan kami?? Semuanya menagih janji-janji yang tidak ditunaikan. Pemimpin sekadar melepaskan batuk ditangga sambil menanam tebu dibibir. Cukup!

                Pemerhatian menunjukkan majoriti mahukan perubahan. Bukan bermaksud menentang tetapi perlunya kesedaran untuk mendapatkan hak-hak yang tidak ditunaikan. Tidak mahu ditindas lagi..Jika dahulu ahli falsafah mengatakan “apa yang boleh kita sumbangkan untuk Negara”??? atau “apa sumbangan kamu pada Negara”?? tetapi mungkin falsafah itu hanya sesuai pada masa dulu…rakyat kini sudah celik.. rakyat cintakan Negara, tidak dinafikan! Tetapi, “apa sumbangan pemimpin pada rakyat”?? tidak dinafikan, banyak…memang banyak..namun, tiada keadilan. Tiada kesamarataan..terima kasih yang berjasa! Siapa makan lada, terasa sedapnya J

                5 Mei menjadi penentu untuk segalanya. Masihkah sempat mengubah?? Mungkin.  BN, Pakatan Rakyat, STAR, SAPP dan Bebas. Siapa pilihan rakyat? Pilihlah dan tentukan masa depan anda.

    PRU13: Bendichutt~

    Wednesday, March 13, 2013


    9 Sebab Sabah Bukan Milik Kesultanan Sulu

    1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
    2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
    3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.
    4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.
    5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
    6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
    7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)
    8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).
    9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
    Credit to 1Sabah