Tuesday, September 2, 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Perbezaan KBSR dengan KSSR

Perbezaan KBSR dengan KSSR


PENGENALAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSR
KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira”
          ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui :
      I.          Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan.
    II.          Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
  III.          Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan.
  IV.          Kesepaduan antara teori dan praktik.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

  LATARBELAKANG : KSSR  
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

          KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan”
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
          Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR
Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

 
 
1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
      I.          Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur  intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.
    II.          KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR
Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

       I.          Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’ .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

    II.          Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.


  III.          Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.
          Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran  yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.



  IV.          Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

    V.          Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

  VI.          Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian
          Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
          Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian  yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun  perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.
          Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.


Sumber: http://rujukpendidik.blogspot.com/2013/11/perbezaan-kbsr-dengan-kssr.html

Thursday, January 23, 2014

`Sleeping` sun could cause devastating new `mini` ice age in Europe

`Sleeping` sun could cause devastating new `mini` ice age in Europe



London: Scientists have warned that the recent lack of activity in sun could lead to a new mini ice age, just like 17th century's Maunder Minimum, in European countries.

The new warning comes after stargazers saw an alarming fall in the number of explosions of gases on the Sun's surface when in fact it should be at the peak of its 11-year cycle of activity

Richard Harrison, head of space physics at the Rutherford Appleton Laboratory in Oxfordshire, told the publication that he has been a solar physicist for 30 years, and has never seen anything quite like this.

Harrison said that if you want to go back to see when the Sun was this inactive, you have got to go back about 100 years. Meanwhile, Dr Lucie Green , from University College London's Mullard Space Science Laboratory, said that it would feel like the Sun is asleep, a very dormant ball of gas at the centre of the Solar System. Green added that there is a very strong hint that the Sun is acting in the same way now as it did in the run-up to the Maunder Minimum, when freezing winters swept across Europe.

Credit to http://zeenews.india.com/

Malaysia bakal menerima musim salji menjelang 2015?
  • KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
  • Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
  • Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
  • Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
  • Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
  • Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
  • Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
  • Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
  • Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
  • Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
  • Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
  • Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kredit:http://yangbenar1.blogspot.com/

 Sekadar perkongsian, renungan dan iktibar. Ambil yang positif. Fakta dikongsi menerusi blog....
Benarkah kompas sudah tidak berguna sebab arah kutub sudah berubah?
  • KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.
  • Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.
  • Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun. Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.
  • Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini. Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
  • Medan magnet bumi berganjak. Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.
  • Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
  • Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.
  • Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.
  • Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan. Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan. Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
  • Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu. “Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
  • "Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi. Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
  • Waktu lebih singkat. Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
  • “Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
  • Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
  • Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.
Kredit :http://yangbenar1.blogspot.com/