Monday, April 22, 2013

PEMERHATI: Analisis Semasa PRU13

Bahang PRU13 semakin terasa apatah lagi selepas hari Penamaan Calon telah selesai. Bak kata pepatah cerita kedai kopi, perang dah mula. Cerita sana sini dicanang dan diulas mengikut citarasa sendiri. Apapun, sebagai negara demokrasi, tiada had untuk menjalankan ‘aktiviti demokrasi sosial’ selagi tidak melanggar batas undang-undang sedia ada. Apatah lagi ‘kita’ sebagai pemerhati mencuba-cuba untuk menjadi penganalisis politik mengikut apa yang kita lihat dari semasa ke semasa. Pendek kata, kita sebagai wartawan bebas yang menyampaikan isu sebenar yang terjadi, kita lihat, dan mungkit kita terlibat secara tidak langsung. Dengan dasar inilah ruangan ini wujud atas pilihan kata hati yang mahu bersuara secara lembut tapi berteraskan kebenaran sebenar. terpulang kepada setiap individu untuk menilai dan menentukan pilihan hala tuju pucuk pimpinan di masa depan. Semoga pilihan itu menjadi suatu rahmat serta membawa sinar harapan. Salam Mukadimah.

            Laungan parti-parti yang bertanding saban hari kedengaran di mana-mana media elektronik. Malahan, hati kecil ini tergelak melihat telatah anak-anak kecil yang turut sama melaungkan slogan atau cogan kata parti. Memang benar zaman sudah berubah. Bukan lagi era 80-an, 90-an tetapi memasuki era yang baru 2013. Memang suatu perubahan yang jelas! Kalau dulu, sukar untuk kita khususnya yang tinggal di pelusuk kampong-kampung untuk mendapat maklumat cerita sebenar apa yang berlaku, hanya mendengar khabar cerita kosong yang disampaikan dari mulut ke mulut (kedai kopi). Kini, segala maklumat boleh kita dapat dengan mudah dan pantas melalui media elektronik yang semakin canggih. Era media sosial semakin digemari oleh generasi masa kini. Blog, facebook, twiter dan sebagainya menjadi pilihan pada hari ini. Masalah sosial seperti jenayah, rasuah dan lain-lain boleh diketahui oleh anak-anak muda dengan pantas. Dunia sudah berubah!

            Manifesto ataupun akujanji, kita  tidak kisah! Pengalamanlah yang mendewasakan kita. Pengalamanlah yang mengajar kita bagaimana janji-janji itu sebenarnya menyakitkan! Siapa kita dimata ‘mereka’? tetapi ‘mereka’ tidak sedar kita mampu mengubah ‘mereka’! Nah! Itulah luahan sebenar kami…Kami mahukan suatu nikmat kehidupan sebenar. Mana air kami? Mana elektrik kami? Mana jalan kami? Mana kemudahan kami?? Semuanya menagih janji-janji yang tidak ditunaikan. Pemimpin sekadar melepaskan batuk ditangga sambil menanam tebu dibibir. Cukup!

            Pemerhatian menunjukkan majoriti mahukan perubahan. Bukan bermaksud menentang tetapi perlunya kesedaran untuk mendapatkan hak-hak yang tidak ditunaikan. Tidak mahu ditindas lagi..Jika dahulu ahli falsafah mengatakan “apa yang boleh kita sumbangkan untuk Negara”??? atau “apa sumbangan kamu pada Negara”?? tetapi mungkin falsafah itu hanya sesuai pada masa dulu…rakyat kini sudah celik.. rakyat cintakan Negara, tidak dinafikan! Tetapi, “apa sumbangan pemimpin pada rakyat”?? tidak dinafikan, banyak…memang banyak..namun, tiada keadilan. Tiada kesamarataan..terima kasih yang berjasa! Siapa makan lada, terasa sedapnya J

            5 Mei menjadi penentu untuk segalanya. Masihkah sempat mengubah?? Mungkin.  BN, Pakatan Rakyat, STAR, SAPP dan Bebas. Siapa pilihan rakyat? Pilihlah dan tentukan masa depan anda.

PRU13: Bendichutt~