Laungan parti-parti
yang bertanding saban hari kedengaran di mana-mana media elektronik. Malahan,
hati kecil ini tergelak melihat telatah anak-anak kecil yang turut sama
melaungkan slogan atau cogan kata parti. Memang benar zaman sudah berubah.
Bukan lagi era 80-an, 90-an tetapi memasuki era yang baru 2013. Memang suatu
perubahan yang jelas! Kalau dulu, sukar untuk kita khususnya yang tinggal di
pelusuk kampong-kampung untuk mendapat maklumat cerita sebenar apa yang
berlaku, hanya mendengar khabar cerita kosong yang disampaikan dari mulut ke
mulut (kedai kopi). Kini, segala maklumat boleh kita dapat dengan mudah dan
pantas melalui media elektronik yang semakin canggih. Era media sosial semakin
digemari oleh generasi masa kini. Blog, facebook, twiter dan sebagainya menjadi
pilihan pada hari ini. Masalah sosial seperti jenayah, rasuah dan lain-lain
boleh diketahui oleh anak-anak muda dengan pantas. Dunia sudah berubah!
Manifesto ataupun
akujanji, kita tidak kisah!
Pengalamanlah yang mendewasakan kita. Pengalamanlah yang mengajar kita bagaimana
janji-janji itu sebenarnya menyakitkan! Siapa kita dimata ‘mereka’? tetapi
‘mereka’ tidak sedar kita mampu mengubah ‘mereka’! Nah! Itulah luahan sebenar
kami…Kami mahukan suatu nikmat kehidupan sebenar. Mana air kami? Mana elektrik
kami? Mana jalan kami? Mana kemudahan kami?? Semuanya menagih janji-janji yang
tidak ditunaikan. Pemimpin sekadar melepaskan batuk ditangga sambil menanam
tebu dibibir. Cukup!
Pemerhatian
menunjukkan majoriti mahukan perubahan. Bukan bermaksud menentang tetapi
perlunya kesedaran untuk mendapatkan hak-hak yang tidak ditunaikan. Tidak mahu
ditindas lagi..Jika dahulu ahli falsafah mengatakan “apa yang boleh kita
sumbangkan untuk Negara”??? atau “apa sumbangan kamu pada Negara”?? tetapi
mungkin falsafah itu hanya sesuai pada masa dulu…rakyat kini sudah celik..
rakyat cintakan Negara, tidak dinafikan! Tetapi, “apa sumbangan pemimpin pada
rakyat”?? tidak dinafikan, banyak…memang banyak..namun, tiada keadilan. Tiada
kesamarataan..terima kasih yang berjasa! Siapa makan lada, terasa sedapnya J
5 Mei menjadi
penentu untuk segalanya. Masihkah sempat mengubah?? Mungkin. BN, Pakatan Rakyat, STAR, SAPP dan Bebas.
Siapa pilihan rakyat? Pilihlah dan tentukan masa depan anda.
No comments:
Post a Comment