Wednesday, May 15, 2013
Monday, May 13, 2013
Selamat Hari Ibu
Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara
negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan
ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang
menyambut satu perayaan untuk Cybele,
ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim
bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut
sebuah perayaan bernama Matronalia
yang memperingati dewi Juno,
dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Sambutan Hari Ibu di merata dunia
Hari
|
Negara/Wilayah
|
Ahad ke-2 Februari
|
|
Greece
(Bersamaan hari kenduri Persembahan
Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur.
Oleh sebab Theotokos
(Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil
Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang
Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.)
|
|
30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac)
|
|
Afghanistan, Albania*, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan
Herzegovina, Bulgaria,
Korea Selatan, Laos, Macedonia*,
Moldova*, Montenegro, Romania*, Rusia*, Serbia**, Taiwan, Ukraine, dan Vietnam. *Di
Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan
Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita
Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya.
|
|
Ahad ke-4 dalam Lent
(Mothering Sunday)
|
|
Bahrain,
Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Lubnan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Emiriah Arab
Bersatu, Yaman
(Semua negara Arab
secara amnya)
|
|
2 April
(kalendar Cina)*
|
|
Ahad pertama Mei
|
|
Ahad ke-2 Mei
|
Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belanda, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Republik
Rakyat China, Colombia,
Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Ecuador, Estonia, Filipina, Finland, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Iceland, India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Puerto Rico, Slovakia, St. Lucia,
Saint Vincent
dan Grenadines, Suriname,
Switzerland, Trinidad dan
Tobago, Turki,
Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
|
Ahad terakhir Mei
|
Algeria,
Republik
Dominica, Haiti,
Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika
bertindih dengan hari Pentekosta,
oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia.
|
Mongolia (Hari Ibu dan
Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari
Ibu dua kali setahun.)
|
|
Ahad ke-2 Jun
|
|
Ahad terakhir Jun
|
|
Thailand (hari
keputeraan Ratu Sirikit
Kitiyakara)
|
|
Isnin kedua Oktober
|
|
Ahad ke-3 Oktober
|
Argentina (DÃa de la
Madre)
|
Ahad terakhir November
|
|
16 Disember, (Kalendar
Iran: 25 Azar,
Pengasasan Ibu dan Anak)
|
|
Sumber: http://ms.wikipedia.org
Monday, April 22, 2013
PEMERHATI: Analisis Semasa PRU13
Bahang PRU13 semakin terasa apatah lagi selepas hari Penamaan Calon
telah selesai. Bak kata pepatah cerita kedai kopi, perang dah mula. Cerita sana
sini dicanang dan diulas mengikut citarasa sendiri. Apapun, sebagai negara
demokrasi, tiada had untuk menjalankan ‘aktiviti demokrasi sosial’ selagi tidak
melanggar batas undang-undang sedia ada. Apatah lagi ‘kita’ sebagai pemerhati
mencuba-cuba untuk menjadi penganalisis politik mengikut apa yang kita lihat
dari semasa ke semasa. Pendek kata, kita sebagai wartawan bebas yang
menyampaikan isu sebenar yang terjadi, kita lihat, dan mungkit kita terlibat
secara tidak langsung. Dengan dasar inilah ruangan ini wujud atas pilihan kata
hati yang mahu bersuara secara lembut tapi berteraskan kebenaran sebenar.
terpulang kepada setiap individu untuk menilai dan menentukan pilihan hala tuju
pucuk pimpinan di masa depan. Semoga pilihan itu menjadi suatu rahmat serta
membawa sinar harapan. Salam Mukadimah.
Laungan parti-parti
yang bertanding saban hari kedengaran di mana-mana media elektronik. Malahan,
hati kecil ini tergelak melihat telatah anak-anak kecil yang turut sama
melaungkan slogan atau cogan kata parti. Memang benar zaman sudah berubah.
Bukan lagi era 80-an, 90-an tetapi memasuki era yang baru 2013. Memang suatu
perubahan yang jelas! Kalau dulu, sukar untuk kita khususnya yang tinggal di
pelusuk kampong-kampung untuk mendapat maklumat cerita sebenar apa yang
berlaku, hanya mendengar khabar cerita kosong yang disampaikan dari mulut ke
mulut (kedai kopi). Kini, segala maklumat boleh kita dapat dengan mudah dan
pantas melalui media elektronik yang semakin canggih. Era media sosial semakin
digemari oleh generasi masa kini. Blog, facebook, twiter dan sebagainya menjadi
pilihan pada hari ini. Masalah sosial seperti jenayah, rasuah dan lain-lain
boleh diketahui oleh anak-anak muda dengan pantas. Dunia sudah berubah!
Manifesto ataupun
akujanji, kita tidak kisah!
Pengalamanlah yang mendewasakan kita. Pengalamanlah yang mengajar kita bagaimana
janji-janji itu sebenarnya menyakitkan! Siapa kita dimata ‘mereka’? tetapi
‘mereka’ tidak sedar kita mampu mengubah ‘mereka’! Nah! Itulah luahan sebenar
kami…Kami mahukan suatu nikmat kehidupan sebenar. Mana air kami? Mana elektrik
kami? Mana jalan kami? Mana kemudahan kami?? Semuanya menagih janji-janji yang
tidak ditunaikan. Pemimpin sekadar melepaskan batuk ditangga sambil menanam
tebu dibibir. Cukup!
Pemerhatian
menunjukkan majoriti mahukan perubahan. Bukan bermaksud menentang tetapi
perlunya kesedaran untuk mendapatkan hak-hak yang tidak ditunaikan. Tidak mahu
ditindas lagi..Jika dahulu ahli falsafah mengatakan “apa yang boleh kita
sumbangkan untuk Negara”??? atau “apa sumbangan kamu pada Negara”?? tetapi
mungkin falsafah itu hanya sesuai pada masa dulu…rakyat kini sudah celik..
rakyat cintakan Negara, tidak dinafikan! Tetapi, “apa sumbangan pemimpin pada
rakyat”?? tidak dinafikan, banyak…memang banyak..namun, tiada keadilan. Tiada
kesamarataan..terima kasih yang berjasa! Siapa makan lada, terasa sedapnya J
5 Mei menjadi
penentu untuk segalanya. Masihkah sempat mengubah?? Mungkin. BN, Pakatan Rakyat, STAR, SAPP dan Bebas.
Siapa pilihan rakyat? Pilihlah dan tentukan masa depan anda.
Wednesday, March 13, 2013
9 Sebab Sabah Bukan Milik Kesultanan
Sulu
1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘
sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah
telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North
Borneo Company.
2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan
Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah
ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de
Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22
Januari 1878.
4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan
Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great
Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan
Sabah.
5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja
Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915,
yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk
membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa
bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan
dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas
Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh
dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada
kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1
Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat
pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak
mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka
yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British
diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika
itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac
1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Article 3 The
Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all
claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which
belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo),
including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali,
as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along
the coasts and which form part of the territories administered by the Company
styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada
Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua
Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan
Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang
berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di
sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh
Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)
8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada
1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan
merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas
dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status
to an end and to realize their independence through freely chosen association
with other peoples in their region”).
9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik
mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat
tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat
pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung
Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan
milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa
politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.
Credit to 1Sabah
Subscribe to:
Posts (Atom)