Sunday, October 26, 2008

Isu Kontrak Sosial Di Malaysia.

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia).

Melihat kepada fenomena politik pada hari ini, isu Kontrak sosial seolah-oleh cuba djadikan bahan politik yang
sedap diperkatakan. Namun, isu yang dipergunakan untuk sesuatu kepentingan hanyalah mengundang masalah yang serius. Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, seharusnya isu Kontrak Sosial ini diperkukuhkan untuk perpaduan dikalangan masyarakat. Apakah faedahnya isu ini dibangkitkan? Dimanakah rasionalnya pada hari ini?

No comments: